4 GAMBAR .. Lelaki Temui LINTAH GERGASI Bermuka PELIK Di Kuala Kangsar !!! | Aktiviti santai seorang lelaki dikejutkan dengan penemuan haiwan pelik yang kelihatan seperti lintah gergasi, di Persisiran Sayong, petang kelmarin. Muhamad Hafizuddin Mohd Salleh, 22, berkata, fizikal haiwan terbabit seperti ular sawa namun lebih pendek dan gemuk, manakala kulitnya kasar seperti biawak.
“Masa mula-mula memang saya terkejut sebab tidak pernah nampak haiwan macam itu, tapi saya beranikan diri pergi dekat haiwan itu. Wajahnya agak ngeri. Mujurlah, haiwan itu sudah mati, kalau tak mesti saya lari,” katanya. Menurutnya, susulan penemuan itu, dia mengambil gambar haiwan terbabit untuk ditunjukkan kepada rakan-rakannya.
“Kawan-kawan pun kata itu kali pertama mereka lihat haiwan itu. Malah, ada juga kenalan yang hubungi saya sebab mahu lihat gambar haiwan pelik itu. Mulanya, saya ingat haiwan itu tersesat di sini sebab dibawa arus banjir, baru-baru ini,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Haspi Hamzah memaklumkan haiwan pelik yang dimaksudkan itu adalah sejenis ular air tawar yang dikenali sebagai ular guni buruk atau ular karung guni.
Menurutnya, ramai orang menganggapnya pelik apatah lagi dengan fizikalnya menyerupai ular sawa namun bentuk muka sedikit berlainan, tambahan pula ia jarang ditemui.
“Biasanya ular ini tinggal di sawah padi dan jarang keluar dari kawasan itu. Ular yang makan ikan itu tidak agresif seperti ular lain. Mungkin banjir yang berlaku baru-baru ini menyebabkan ular itu sampai ke Persisiran Sayong,” katanya. KREDIT SINAR HARIAN.
Kalau lintah besar gini,mau kering darah orang yang kena sedut tu..hahahaha
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment